Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cristiano Ronaldo pertahankan gelaran Pemain Terbaik FIFA


CRISTIANO Ronaldo, 32, mempertahankan gelarannya sebagai pemain terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) pada tahun ini dengan mengulangi kejayaanya pada tahun lalu.




Ini sekali gus menewaskan pencabar terdekatnya, Lionel Messi dan Neymar untuk mendapat anugerah pemain bola sepak terbaik dunia di majlis  The Best FIFA Football Awards 2017 yang berlangsung di Palladium Theatre, London.




Ronaldo mendapat 43.16% undi daripada pengundi yang terdiri daripada jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan dan wakil wartawan dari seluruh dunia yang negara-negaranya didaftarkan sebagai ahli FIFA. 

Sementara Lionel Messi memenangi 19.25% undi, manakala baki 6.97% undian pula menjadi milik Neymar.



Ronaldo telah menjaringkan 44 gol untuk kelabnya dan skuad kebangsaan setakat ini pada 2017. Beliau turut menjaringkan dua gol dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada Jun lalu dengan Real Madrid sekali lagi merangkul trofi kemenangan itu. 

Post a Comment

0 Comments