RASUAH, salah guna kuasa dan fitnah yang berleluasa adalah virus paling berbahaya yang mampu memusnah dan menghancurkan sebuah kerajaan besar dengan begitu sahaja.
Itulah antara mesej yang cuba disampaikan menerusi pementasan teater klasik, Bahara Emas, arahan dari Siti Rosminah Tahir.
Teater yang digerakkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ini bakal berlangsung di Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka pada 19-22 Oktober ini.
Naskhah yang diambil dari Sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang ini menampilkan para pelakon yang tediri daripada Esma Daniel, Datuk Jalaluddin Hassan, Faradhiya, Mubarak Majid, Amar Asyraf, Dr Norzizi Zulkifli, Izzue Islam, Mardiana Alwi, Eyzendy Aziz, Amran Nasarudin, Faez Malik dan lain-lain.
TRIVIA BAHARA EMAS
- Watak Sultan Mahmud Syah yang cukup berkarisma dipegang oleh Esma Daniel yang sebelum ini pernah membawakan watak sebagai Tun Mahathir dalam teater Tun Mahathir dan Tuhan Siti Hasmah sebelum ini.
- Tiada bayaran tiket yang dikenakan untuk pementasan ini sebaliknya dipertontonkan secara percuma kepada penonton.
- Selain bertindaka sebagai pengarah, Rosminah Tahir juga merupakan penulis skrip dan penulis lirik untuk lagu-lagu yang bakal dipersembahkan dalam naskhah ini.
- Faradhiya yang memegang watak sebagai Tun Fatimah perlu mempersiapkan dirinya dengan belajar silat untuk melakukan beberapa abbak aksi dalam naskhah ini.
- Bahara bermaksud ukuran timbangan terhadap sesuatu barangan atau benda.
- Menampilkan 10 buah lagu baru ciptaan komposer terkenal Pak Ngah, namun dipersembahkan secara rakaman oleh para pelakon.
- Merupakan naskhah klasik pertama lakonan Izzue Islam di pentas teater.
- Pementasan ini merupakan salah satu satu aktiviti untuk mengisi program bersempena sambutan ulang tahun ke-50 SPRM.
- Mardiana Alwi yang memegang watak sebagai Anum antara antara pelakon teater hebat yang dinantikan persembahannya kali ini.
- Gandingan pelakon baru dan lama dalam naskhah ini menjadi tarikan terbaik kepada penonton selain elemen komersial dan kualiti yang diletak seimbang.
- Selepas lebih 8 tahun menumpukana perhatian kepada kerja pengarahan teater, Amar Asyraf kembali berada di depan sebagai pelakon.
- Secara keseluruhannya, lebih 70 orang tenaga kerja termasuk 30 pelakon yang terlibat dalam pementasan ini.
Teater Bahara Emas
Pengarah: Siti Rosminah Tahir
Pelakon: Esma Daniel, Datuk Jalaluddin Hassan, Farahdhiya, Mubarak Majid, Amar Asyraf, Dr Norzizi Zulkifli, Izzue Islam, Mardiana Alwi, Eyzendy Aziz, Amran Nasarudin, Faez Malik
Terbitan: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama CTRA Production, DBP, Istana Budaya dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara)
Tarikh Pementasan: 19-22 Oktober 2017
Masa: 8.30 malam
Tempat: Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), KL
SINOPSIS
Si Kitol berhutang sekati emas dengan orang kaya Raja Mendeliar dan tidak mampu untuk membayar semula. Sementara itu, kekayaan Raja Mendeliar hanya kurang sebahara emas daripada kekayaan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir.
Rombongan Portugis yang diketuai oleh De Sequeira berada di Melaka dan meminta bantuan dari Bendahara mendapatkan izin berniaga di Melaka, Sebagai balasannya dan tanda persahabatan, Bendahara telah dihadiahkan dengan seutas kalong emas.
Situasi ini memberi jalan kepada Si Kitul mengambil kesempatan menyelamatkan diri dari hutang dengan mencetuskan konfilik antara Raja Mendeliar dengan Bendahara.
Raja Mandeliar dengan bantuan Khoja Hassan memfitnah Bendahara sedang merancang untuk menjadi raja di Melaka dan telah menempah beberapa alat kebesaran daripada emas.
Akibatnya Sultan Mahmud dengan tanpa usul periksa telah menitahkan supaya Bendahara Seri Maharaja dan seluruh keluarganya dihukum bunuh. Namun anak Bendahara Tun Fatimah terselamat dan bangkit untuk menuntut bela.
0 Comments