TAHNIAH kepada pasangan selebriti popular, Amar Baharin dan Amyra Rosli yang baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.
Amyra selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur sekitar jam 12.07 tengahari tadi.
Tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja dan gembiran mereka, pasangan ini sama-sama berkongsi tentang berita gembira ini di akaun Instagram masing-masing.
Amyra dalam satu status yang dimuat naik meluahkan rasa syukurnya atas kelahiran tersebut.
"Alhamdulillah...
'Aku mohon perlindungan untukmu wahai anakku yang baru lahir, dgn kalimah-kalaimah Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang-binatang berbisa dan dari kejahatan yang menakutkan'..
Amin.. Terima kasih semua atas doa yang tidak henti-henti buat kami.."
Amar dan Amyra diijabkabulkan pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis gemilang yang berlangsung di Premiera Hotel, Kuala Lumpur.
Semoga ibu dan anak dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan sihat walafiat. Selamat menjalani kehidupan sebagai ibu dan ayah..
0 Comments