TERLETAK di dalam, Taman Nasional Yosemite, Amerika Syarikat air terjun ini lain dari kebiasaannya jika warna air terjun adalah putih jernih, sebaliknya di Horsetail Falls airnya berwarna oren kemerah-merahan seakan-akan lava gunung berapi.
Fenomena air terjun api tersebut dapat dilihat sepanjang bulan Februari setiap tahun. Air terjun api ini sebenarnya bukanlah api sebenar, tetapi terjadi ketika waktu senja apabila cahaya matahari menyinari aliran air terjun itu. Kesan dari pantulan cahaya matahari itu menjadikan warna air terjun berwarna merah dan oren. Oleh kerana ia kelihatan seperti api, maka air terjun ini mendapat jolokan air terjun api.
Lokasi terbaik untuk melihat fenomena ini ialah di El Capitan iaitu sebuah taman yang menghadap Horsetail Falls. Pada setiap Februari El Capitan akan dibanjiri pengunjung dari pelbagai negara untuk menyaksikan sendiri fenomena aneh ini. - 7KLIK
0 Comments