Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mat Dan kini suami orang
















SELAMAT pengantin baru buat Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, jejaka 'mat salih' yang fasih bercakap loghat Terengganu kerana telah selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya petang tadi.

Difahamkan Mat Dan dan pasangannya yang juga merupakan gadis Melayu jati Terengganu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada sebelah pagi dan kemudiannya dinikahkan pada sebelah petang selepas Asar.




Majlis yang berlangsung di rumah keluarga pengantin perempuan di Bukit Chendering, Terengganu itu turut dihadiri oleh kedua ibu bapa Mat Dan iaitu  Nicol Tyler dan Kevil Tyler.

Mat Dan dan isteri yang difahamkan bertugas sebagai peramugari memilih untuk melangsung majlis pernikahan secara sederhana dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan kenalan kedua belah pihak.



Siapa sangka anak kelahiran Bristol England ini bukan sahaja tertarik dengan budaya dan keindahan Terengganu, tetapi juga terpaut pada gadis Terengganu yang akhirnya disunting menjadi suri hatinnya. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments