JIKA sebelum ini pelakon cantik, Ruzana Ibrahim sering tampil dengan watak perempuan stylo dan vogue dalam kebanyakan drama mahupun teater lakonannya, kini pelakon tinggi lampai itu tampil berbeza menerusi filem kedua lakonannya, Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior.
Menerusi watak komunis bernama Senah, Ruzana ternyata berjaya mengalihkan perhatian penonton terhadap kemampuan lakonannya dalam filem arahan Bade Hj Azmi ini.
Aksi-aksi lasak dengan pergerakan fizikal yang cukup meyakinkan, anak kelahiran Kuala Lumpur ini membuktikan dia tidak terikat dengan watak streotaip sebagai gadis kota yang sering disuakan kepadanya.
Meski ada beberapa watak yang dijayakan pelakon terkenal dalam filem ini kelihatan sedikit tenggelam, namun tidak bagi watak Senah yang dibawakan olehnya. Lakonannya meninggalkan kesan kepada penonton biar hanya muncul untuk beberapa babak. Malah, kerja kerasnya dibuktikan dengan apa yang dipersembahkan kepada umum.
Kebolehannya bercakap bahasa Mandarin amat mencuri perhatian. Meski khabarnya ia hanya dipelajari secara spontan di lokasi penggambaran dalam waktu yang sangat terhad, dia berjaya melakukannya dengan baik. Malah sangat natural sehingga ada yang menyangkakan dia memang fasih dalam bahasa itu.
Pelakon yang baik adalah pelakon yang sentiasa bertanggungjawab di atas lakonan yang diberikan kepada penonton, dan Ruzana adalah salah seorang daripadanya,itu.
Pelakon yang baik adalah pelakon yang sentiasa bertanggungjawab di atas lakonan yang diberikan kepada penonton, dan Ruzana adalah salah seorang daripadanya,itu.
Semoga selepas ini, lebih banyak pihak yang membuka mata terhadap bakat yang dimiliki pelakon yang cukup dikenali sebagai Nyonya menerusi drama Isteri Tuan Ihsan ini. Dia perlukan lebih ruang dan peluang untuk ke depan memperdagangkan bakatnya.
Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Mac 2017 ini. - 7KLIK
0 Comments