KOMPOSER terkenal, Johan Nawawi, 52, telah meninggal dunia awal pagi tadi, sekitar jam 6.30 pagi di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya.
Berita mengejutkan ini telah disahkan sendiri oleh isterinya, penyanyi Nora Ariffin menerusi kiriman mesej suara sejurus selepas itu.
Bagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dipastikan. Johan dimasukkan ke pusat perubatan tersebut semalam selepas berada dalam keadaan yang lemah semenjak dua hari lepas.
Jenazah dibawa ke ke Masjid Kg Tunku untuk dimandi dan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyaraham yang meninggalkan isteri dan empat orang anak merupakan Pengarah Hud Hud Media Sdn Bhd yang bertanggungjawab menerbitkan animasi Ummi... Ceritalah Pada Kami. - 7KLIK
0 Comments