Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ANAK ANGKAT AZHARINA KINI KRITIKAL DI NICU


AWAL pagi tadi, penyanyi Azharina Azhar telah berkongsi berita yang cukup sayu di mana anak angkat keduanya, Rizkie Azharin Azhar yang baryu berusia 22 hari, kini dalam keadaan yang kritikal selepas mengalami demam panas.

Menurut perkongsian tersebut, Azharina memberitahu paru-paru Rizkie dipenuhi susu, kedua belah buah pinggangnya dimaklumkan telah rosak selain darahnya turut mengandungi asid menyebabkan peluangnya untuk hidup sangat tipis.




Kata Azharina lagi, ketika ini Rizkie bergantung kepada bantuan alat pernafasan dan sedang dirawat di Unit Rawatan rapi, Neonatal (NICU), Hospital Putrajaya. 

Apapun, kita serahkan segalanya kepadaAllah S.W.T semoga dikurangkan penderitaan anak kecil ini. Sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraannya. Buat Azharina, semoga tabah berdepan dugaan.

[KREDIT IG: azharina_a] 

Post a Comment

0 Comments