RAKYAT Malaysia kini boleh menikmati khasiat sarang burung dengan cara lebih mudah dengan pengambilan tablet kunyahan SAHI Sarang Burung dan Aloe Vera perasa Laici yang pertama di Malaysia.
Masih mengekalkan khasiat-khasiat Sarang Burung untuk kecantikan dan kesihatan dalaman, ia sangat mudah untuk diamalkan. Hanya kunyah atau kemam seperti makan gula-gula dan mudah dibawa kemana-mana.
Produk yang dihasilkan oleh SAHI Elements Resources ini baru sahaja dilancarkan secara rasminya di Restoran Wondermama, Bangsar Village, semalam.
Pelancaran produk ini disempurnakan oleh pelakon Elfira Loy bersama Pengasas Produk SAHI iaitu Norelissa Idayu Zainal Abidin dan Noor Aimi Mohd Yusoff.
Tablet Kunyahan SAHI Sarang Burung ini telah mula berada dipasaran sejak April 2016 lalu dan sehingga kini lebih 50,000 botol terjual. Menyedari produk SAHI kini mula mendapat perhatian
ramai, Pengasas produk ini telah bersedia untuk melancarkan produk SAHI secara rasmi
seterusnya melebarkan sayap mereka ke serata Malaysia dan negara-negara Asia.
“Sehingga kini kami mempunyai lebih kurang 35 ejen dan stokis seluruh negara. Kami akan menambah lebih 100 agent baru dalam dan luar negara untuk tahun ini yang lebih tertumpu kepada jualan dikedai-kedai secara offline,” kata Norelissa Idayu, Pengasas bersama produk SAHI.
“Bersempena dengan pelancaran produk SAHI hari ini, kami menyediakan pakej istemewa untuk agent hanya RM35 sebotol dengan pembelian minimum 10 botol dan stokis RM25 sebotol untuk minimum 150 botol.
"Bagi pengguna SAHI pula kami berbesar hati untuk menawarkan potongan harga untuk pakej 2 set SAHI hanya RM100 bagi Semenanjung Malaysia dan RM115 bagi Sabah/Sarawak. Harga 3 set SAHI pula hanya RM140 bagi Semenanjung Malaysia dan RM160 bagi Sabah/Sarawak.
"Tiada caj penghantaran dikenakan, dan tawaran ini dibuka daripada 6 februari sehingga 12 februari 2017,” katanya lagi.
Produk ini mengandungi makanan sunnah seperti Buah Tin, Kismis, Madu dan Kurma di mana sangat membantu dari segi memberi tenaga tambahan dari dalam terutama kepada wanita. SAHI juga mengandungi Vitamin C (450mg per botol), Aloe Vera, Rosehip, Sakura, Maqui Berry dan Rice Bran yang mampu merangsang sel dalam penghasilan semula struktur sel kulit untuk menghasilkan kulit yang lebih anjal, lembut, licin dan halus.
Rangsangan kepada penghasilan kolagen secara semulajadi dari tubuh kita juga menjadikan SAHI sebagai supplement yang TIDAK MENGANDUNGI KOLAGEN kerana tidak semua pengguna sesuai untuk mengambil kolagen tambahan terutama mereka yang mempunyai 'cyst'.
“SAHI mengandungi rice bran sebagai pengganti kolagen. Ia menjadi pemangkin dalam menghasilkan kolagen secara semula jadi.
"10 kali lebih baik dari kolagen tambahan. Kami juga menggabungkan Probiotic dimana sangat membantu dalam masalah pencernaan dan sistem imunisasi badan kita, ” tambah Noor Aimi, Pengasas bersama SAHI.
KELEBIHAN SAHI
- Mengatasi masalah kulit muka seperti jerawat batu, kulit kusam dan tidak bermaya, warna kulit tidak sekata dan gatal-gatal akibat resdung
- Mencerah dan menghaluskan kulit wajah
- Memberi tenaga tambahan terutama kepada ibu mengandung (4 bulan ke atas), pelajar yang sibuk dengan jadual harian yang padat dan ibu-ibu yang bekerja
- Membantu melancarkan sistem haid yang tidak teratur dan senggugut
- Membantu dalam masalah perncernaan
- Membantu memulihkan rekahan di tapak kaki
- Menghilangkan ruam-ruam di badan
- Sesuai untuk diambil oleh semua golongan (lelaki dan perempuan) berumur 13 tahun keatas.
SAHI mengandungi 30 biji dalam 1 botol di mana pengambilannya bergantung pada masalah kulit individu. Pengguna disarankan untuk mengambil 2 biji sehari iaitu sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur.
Apabila tiada lagi masalah kulit, boleh amalkan 1 biji sehari untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan wajah. Untuk pengambilan yang lebih berkesan, pengguna disarankan untuk mengurangkan atau berhenti seketika (tergantung masalah) pengambilan kafein, banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan kurangkan makanan berminyak.
Produk ini boleh diambil dengan supplement lain tapi harus jarakkan pengambilan selama 1 jam. SAHI sangat selamat untuk diamalkan tanpa kesan sampingan.
Untuk maklumat lanjut mengenai SAHI SARANG BURUNG sila layari
Instagram : @sahisarangburung_hq
FB : facebook.com/sahibirdnest (Petua Cantik Tanpa Jerawat)
Email : sahisarangburung@gmail.com
Hotline : +6011 3173 8548 / +6017 708 9376
0 Comments