PELANTUN lagu Hello, Adele, membuktikan kehebatannya apabila berjaya merangkul 5 trofi di Anugerah Grammy ke-59 yang berlangsug di Staples Center, Los Angeles semalam.
Penyanyi kelahiran Britain ini memenangi lima kategori di mana tiga daripadanya adalah kategori utama iaitu Album Terbaik, Rakaman Terbaik dan Lagu Terbaik menerusi album Adele 25 dan lagu Hello.
Selain itu, penyanyi berumur 28 tahun ini juga turut menang kategori Album Vokal Pop Terbaik dan Persembahan Solo Pop Terbaik.
Adele menerusi ucapannya dalam nada sebak mengucapkan terima kasih kepada penyanyi Beyonce yang menjadi inspirasinya selama ini.
"I can't possibly accept this award. My artist of my life is Beyonce and this album, the Lemonade album, was just so monumental.."
0 Comments