Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kenali lokasi pelancongan Ecotourism dalam negara


SALURAN TVi mengajak penonton berhibur dengan program menarik, Ekspresi Eko yang bertemakan  alam semulajadi yang indah di Malaysia di mana penonton diberi pendedahan alam semulajadi yang belum diketahui, 

Program majalah 13 episod ini bertemakan perlancongan yang memberikan fokus kepada ecotourism atau perlancongan eko yang terdapat dalam 12 negeri di seluruh Malaysia. Menampilkan hos pelakon Mas Khan, konsep keseluruhan iaitu melancong, menikmati keindahan sambil melakukan aktiviti-aktiviti yang disediakan di lokasi berkenaan. 

Fokus rancangan adalah kepada memperkenalkan lokasi pelancongan eko atau ecotourism, mempromosi aktiviti berkaitan dan tip-tips berguna termasuk do & don’t apabila berada di lokasi berkenaan. Matlamatnya adalah supaya semua yang mengunjungi pusat ecotourism berkenaan bukan sahaja mendapat manfaat baik daripada segi ketenangan mental, tapi juga keseronokan fizikal. 

Rancangan ini dikendalikan seorang hos yang akan memaparkan lokasi-lokasi perlancongan eko seluruh Malaysia. Juga akan dipaparkan keunikan lokasi berkenaan serta mempromosikan aktiviti-aktiviti lasak atau aktiviti berkaitan perlancongan eko di situ. 

Dalam setiap episod, sebuah keluarga akan diundang untuk mengunjungi sebuah lokasi tourism. Mereka akan menyertai aktiviti yang disediakan oleh lokasi tersebut. Antara daya penarik program ini termasuklah mengetengahkan artis undangan di lokasi dipilih contohnya dalam episod dua mengundang pelakon Faye Khusairi melakukan aktiviti lasak di Water Rafting, Gopeng, Perak.

Rancangan ini dibahagikan kepada tiga segmen termasuklah Destinasi Eco, Uniknya Eco dan Xtvt Eco. Justeru kepada anda yang gemarkan aktiviti lasak serta mencabar, jangan ketinggalan menyaksikan program menarik ini.

Post a Comment

0 Comments