Hot Posts

6/recent/ticker-posts

JOM KE PANGGUNG KONGSI INFO MENARIK


RTM menerusi program Jom Ke Panggung siri terbaru (musim keenam) selama setengah jam siarannya, adalah untuk kaki wayang yang mahu mendapatkan informasi tentang filem-filem yang berada di pawagam.

Antara kandungan program ini adalah memaparkan tentang proses di sebalik tabir pembikinan filem-filem tempatan sebelum memasuki pawawam.

Pada episod pertama, penonton akan dibawa untuk mengikuti pembikinan filem Desolasi arahan Syafiq Yusuf. Beberapa adegan filem ini menggunakan teknik CGI dan filem pertama Malaysia yang menghasilkan Dinosour menggunakan teknik CGI.  Selain itu juga ada kisah pelakon Pekin Ibrahim yang kini mula berjinak-jinak dalam dunia pengarahan sehingga berjaya merangkul anugerah di Festival Filem Malaysia. 

Selain itu, ia turut memberi info tentang filem-filem menarik yang sedang dan bakal berada di panggung untuk minggu tersebut.

Minggu seterusnya pada 22 Januari depan pula akan bersama Nabil Ahmad, berkongsi tentang karektor-karektor yang pernah beliau lakonkan. Penonton turut dibawa untuk menyelami kisah suka duka Ziana Zain menceburi bidang lakonan dan adakah beliau masih ingin berlakon jika diberi watak yang sesuai.

Info menarik dalam Jom Ke Panggung episod berikutnya pula bersama-sama dengan pengarah seni filem Pulang, David Munjik yang akan berkongsi cabaran dalam menyiapkan grafik dan set filem yang berdasarkan kisah benar sekitar tahun 1939 yang mana filem ini banyak menggunakan kesan khas CGI.  

Juga ada kisah bagaimana penyanyi Adibah Nor menjadi seorang pelakon, siapakah yang bertanggungjawab memperkenalkan beliau dalam bidang lakonan dan sebagainya.

Ikuti juga episod yang berkongsi memaparkan kisah suka duka perjalanan Zizan Razak dalam bidang lakonan, yang mana beliau telah berlakon dalam 24 buah filem. 



Jom Ke Panggung
Episod: 26
Hari: Ahad
Masa: 9.00 Malam
Saluran: TV2
Pengacara: Naz Habibur


Post a Comment

0 Comments