RAIKAN Tahun Ayam pada tahun 2017 sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan tayangan empat filem menghiburkan dengan pelbagai tema berturut-turut menerusi saluran TV2.
Dibarisi pelakon popular dan plot kisah yang menarik hati, empat filem tersebut bermula All’s Well End’s Well (26 Januari, 10.00 malam), Painted Skin: Resurrection (28 Januari, 10.30 malam), Escape From Huang Shi (29 Januari, 9.30 malam) dan pada Summer Love Love (30 Januari, 1.00 tengahari).
All’s Well End’s Well mengisahkan tentang tiga bersaudara Shang. Abang sulung Shang Moon adalah seorang ahli perniagaan yang merawat isteri sebelum keluar bekerja. Anak kedua Shang Foon seorang joki cakera/playboy yang cuba untuk memikat sebanyak mana gadis yang boleh manakal adik bongsu Shang merupakan seorang pengajar tarian. Moon dirundung masalah bila isterinya meninggalkan untuk menjadi pelayan wanita glamor di pusat karaoke. Foon pula terperangkap dengan hubungan yang pelik sehingga dia tiba-tiba menjadi pesakit mental. Sementara itu So terus-menerus berselisih dengan orang di sekelilingnya.
Painted Skin: Resurrection membawakan kisah semangat serigala purba jadian memulakan satu usaha jahat untuk menjadi manusia selepas melarikan diri dari penjara berais. Dia kemudiannya terikat dengan seorang puteri cacat yang mencari kasih seorang pengawal mulia dalam epik ghaib mewah ini. Akibat koma selama berabad-abad, semangat musang jahat Xiaowei (Xun Zhou) mendapat semula kebebasan dan bagi mengekalkan kecantikannya, dia menggoda lelaki dan memakan hati mereka. Namun Xiaowei boleh berubah menjadi manusia biasa sekiranya ada lelaki yang ikhlas kepadanya dengan menawarkan hati mereka secara rela. Xiaowei akan bebas daripada neraka dan meneruskan hidup seperti orang lain.
Escape From Huang Shi mengangkat kisah seorang wartawan muda, George Hogg yang menyelamatkan sekumpulan anak-anak yatim semasa penjajahan Jepun di China pada tahun 1937 dengan bantuan seorang jururawat berani Australia.
Summer Love Love mengisahkan Ah Ze, Ah Quan dan Xiao Fei dalam misi mencari teman hidup mereka.
0 Comments